Objektif Pertandingan Laungan Azan dan Tulisan Jawi adalah utnuk melahirkan generasi yang berilmu dalam bidang keagamaan dan juga bagi melahirkan pelapis yang berpengetahuan dan berkemampuan dalam melaksanakan aktiviti ibadah dan dakwah. Manakala objektif Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bukan Melayu iaitu kaum Cina, India dan Orang Asli dalam aktiviti yang diadakan oleh PAKK dan juga menggalakkan penglibatan kanak-kanak setempat dengan aktiviti PAKK.
Saturday, 5 December 2009
Tuesday, 17 November 2009
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT PAKK NUR KASIH
Majlis ini diadakan bagi mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Majlis ini juga adalah bertujuan mempromosikan PAKK kepada masyarakat setempat khususnya kepada ibu bapa dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dan merapatkan hubungan silaturrahim masyarakat setempat dengan jawatankuasa PAKK Nur Kasih.
Sunday, 25 October 2009
PERTANDINGAN MEWARNA DAN MENCIPTA LOGO PAKK NUR KASIH
Pertandingan Mewarna dan Mencipta Logo ini melibatkan pelbagai kaum. Ini bertujuan mewujudkan perpaduan di antara masyarakat setempat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Pertandingan mewarna ini telah disertai oleh seramai 61 kanak-kanak dari sekolah rendah, Tabika Kemas dan juga PASTI. Pertandingan Mencipta Logo pula disertai oleh seramai 29 orang kanak-kanak dari sekolah menengah.
![]() |
Subscribe to:
Comments (Atom)














