Objektif Pertandingan Laungan Azan dan Tulisan Jawi adalah utnuk melahirkan generasi yang berilmu dalam bidang keagamaan dan juga bagi melahirkan pelapis yang berpengetahuan dan berkemampuan dalam melaksanakan aktiviti ibadah dan dakwah. Manakala objektif Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik adalah untuk menggalakkan penglibatan kaum bukan Melayu iaitu kaum Cina, India dan Orang Asli dalam aktiviti yang diadakan oleh PAKK dan juga menggalakkan penglibatan kanak-kanak setempat dengan aktiviti PAKK.






