Wednesday, 1 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MUHIBBAH PAKK NUR KASIH

Majlis Berbuka Puasa Muhibbah ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak di bawah Parlimen Kuala Krau dan juga memperkenalkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak kepada masyarakat setempat.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah, En. Kamarul Iskandar Bin Nordin.  Majlis Berbuka Puasa ini diadakan di Dewan Dato' Abdullah Kia, Kerdau.




Menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak

Sunday, 21 March 2010

PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI 'DENGARLAH ADIKKU'

Program jatidiri ini merupakan program yang berbentuk motivasi.  Program ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pusat Aktiviti Kanak-kanak Nur Kasih dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh.  Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang hak dan peranan kanak-kanak mengenai Akta Kanak-Kanak 2001. Program ini juga dapat melahirkan kanak-kanak yang bermotivasi tinggi dari segi akademik, moral dan akhlak dan secara tidak langsung juga dapat menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri dalam diri kanak-kanak itu sendiri.











Thursday, 21 January 2010

GOTONG ROYONG PAKK NUR KASIH

Program gotong royong ini merupakan langkah awal selepas pembukaan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Nur Kasih.  Gotong royong ini melibatkan penyertaan daripada kanak-kanak yang berdaftar dengan PAKK bersama ibu bapa, penduduk setempat dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh. Program gotong royong ini bertujuan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan setempat bagi memastikan ianya selamat diduduki oleh kanak-kanak yang hadir ke PAKK.  Program yang diadakan ini merupakan salah satu cara memupuk semangat kerjasama antara kanak-kanak, saling tolong menolong dalam memastikan PAKK dalam keadaan selesa dan kemas.